if (typeof document.onselectstart!="undefined") document.onselectstart=new Function ("return false") else{ document.onmousedown=disableselect document.onmouseup=reEnable } Lirik Lagu Rock: XPDC
Showing posts with label XPDC. Show all posts
Showing posts with label XPDC. Show all posts

Lirik Lagu XPDC - Gerak 2000

Riang wajah manusia
Damaikah di sekelilingnya
Gerak menuju kejayaan
Bukan pasti dimilikinya

Kemusnahan yang menanti
Tak nampak ia di sini
Makin hari makin hebat
Melanda dunia 2000

Berbagai bencana tiba
Aneka kesengsaraannya
Kebuluran mangsa-mangsa
Meragut ribu-ribu nyawa

Sama samakita hidup
Sama-sama kita mati
Kita buat kita tanggung
Jangan cuba-cuba tak mengaku

Lirik Lagu XPDC - Hairan Bin Ajaib

Satu pejam satu celik
Depan manis belakang rasa pahit
Kata ibu buat baik
Biarpun rupamu tak menarik

Rupa yang sengkek
Bukannya pembelit
Wajah menarik
Belum pastinya baik

Jangan pandang pada zahir
Hang tuah bukan macam hang pembelit
Penat perit cari duit
Bukan malas tapi tak punya certificate

Bukan nak complain fikir dulu
Kan lebih baik
Kita yang letih 
Dia yang pakai mobil

Yang ada awek jaga baik
Jangan jadi hamba duit
Biar pakai kain batik
Daripada dia pakai skirt pendek

Oh aku pelik dunia dah nak terbalik
Budak under age dah pandai ke kelab joget
Kan lebih baik kita bawa dia ke masjid

Cuba renung dalam diri
Apa yang engkau cari
Yang hidup pasti mati
(Sedarlah)

Kenal diri suci hati
Dengki khianat jauh sekali
Baru diri dihormati
Rezeki dari peluh sendiri

Lirik Lagu XPDC - Ntahapahapantah

Tahun 2000
Ramai orang serbu
Cari kemajuan
Mencari ketenangan

Ramai yang pakat turut
Ikut dari belakang
Ramai yang sudah sangkut
Ikut terjun longkang

Rambut aku panjang 
Dia kata jembalang
Seluar aku ketat
Seluar bell bottom

Itu ku punya pasal
Sikit aku tak sesal
Ada baiknya aku
Jaga kain sendiri

Oh mak oh bapak 
Dunia nak terbalik
Oh mak oh bapak 
Dunia nak terbalik

Orang nak ke bulan
Pakai kereta lembu
Pergi Bukit Belacan
Mandi air susu

Oh mak oh bapak 
Dunia nak terbalik
Oh mak oh bapak 
Dunia nak terbalik

Lirik Lagu XPDC - Penyakit Gatal

Pening pening aduh kepala pening
Tabahkan hati fikiran runsing
Fikirkan derita ini
Penyakit gatal melanda lagi

Pergi sinseh kunjungi farmasi
Pawang dan bomoh puas ku cari
Asalkan pulih kembali
Tapi malangnya aduh makin menjadi

Oh Tuhan berserah padamu
Habis sudah ikhtiar aku
Apakah dosa dah ku laku
Ku tak sedar ampuni aku

1 2 3 4 5
Lembar demi lembar keluar
Tak kisah boleh ku cari
Moga pulih semulajadi

Harus ingat sampai bila-bila
Penyakit ini sukar sembuhnya
Ku tabah mengharunginya
Hanya sekadar dugaan dari Yang Esa

Lirik Lagu XPDC - Talam Dua Muka

Kau merantaiku sehingga kaku
Terikut gaya gelunjukmu
Tersimpul mati langkahmu kini
Dalam mencari harga diri

Hey jangan pura-pura
Talam dua muka
Ke kiri ke kanan engkau sapu
Keringatku kau hirupkan
Sehingga aku kekeringan

Kau menikam dari belakang
Berpura kawan rupanya lawan
Mengaut untung tak kira siapa
Walaupun bisa menyeksakan

Keperitan bersengkang mata
Engkau rasa tindas menindas
Perkara biasa hingga ku leka
Dan jadi mangsa
Sampai bila

Lirik Lagu XPDC - Bahalol

Bingkai lagi hidup ini
Nak cari makan susah sangat
Mahu ronda kota raya
Lepak kejap pasar budaya

Dan toleh kanan toleh kiri
Nampak batang hidung sendiri

Banyak susah cari makan
Semuanya ada halangan
Orang buncit makan daging
Yang kurus makan ikan masin

Apa punya bahalol dia
Kasi orang pijak kepala

Orang putih sudah balik
Kini tinggal yang hitam putih
Biar papa asal bergaya
Bukan musim bukan action

Tak tahu bertanya
Sesat jalan nanti meraba
Tepuk dada tanya selera
Tutup mata pekak telinga

Lirik Lagu XPDC - Jangan Tak Mandi

Panas terik aku berjalan
Membakar tubuh yang kering kaku
Aku penat aku berhenti
Terjumpa air dan mahu mandi

Eloklah aku mandi
Biar bersih diri sendiri
Yang kotor semua pergi
Di syampu di sabun wangi

Hidup kita serupa saja
Mula bersih tersapu kotor
Bila kotor harus dicuci
Pastikan tiada kotor lagi

Setelah kita mandi
Pandai pandai lah jaga diri
Dari kekotoran kita alami
Buat apa semua tak jadi

Sudah penat aku menyanyi
Mahu pulang mahu terus mandi
Esok boleh menyanyi lagi
Nyanyikan lagu jangan tak mandi

Lirik Lagu XPDC - Impian Seroja


Engkau memberi aku merasa
Setakat ini
Manis senyuman memukau aku
Sampai kemari

Tenggelam dalam mimpiku
Bunga seroja

Di sana mekar
Di sini layu
Jadi guguran

Nafas yang singkat
Tercungap aku
Pantas berlari

Embun menitis ke bumi
Membasah intan

Nada yang ku dendang
Berlagu rindu dalam hatiku
Cinta yang terpendam
Aku pasti datang sekejap lagi

Sendiri aku terus diransang
Ke langit sedang biru
Menanti aku dalam nantimu
Nanti  kau datang lagi

Lirik Lagu XPDC - Selendang Merdeka

Ku tak risau atau sasau
Takut kalau untuk menjangkau
Ku tak jeran atau segan
Biar lawan gagah bak syaitan

Tujuh gunung tujuh laut
Tujuh rimba ku seberangi
Alam kosong alam misal
Alam khayal dah kutinggalkan

Pahit maung sirih pinang
Kapur gambir habis ku kunyah
Ular sawa cicak kubing
Naga sakti aku tak gentar

Lepas mati aku hidup
Hidup merdeka
Sini sana sama saja

Aku sama sama saja
Aku merdeka
Merdeka
Merdeka
Merdeka..

Lirik Lagu XPDC - Hamba Abdi

Akhir zaman tiba kini
Semua insan punya hak asasi
Ku dengarkan , engkau dengari
Jeritan keluhan hamba abdi

Humban ke sana campak ke sini
Seksa hidup langkahhari-hari
Nak ubah nasib tipis sekali
Laksana kerbau dicucuk tali

Lepaskan dari belenggu ini
Simpati dariku tak terperi
Tenaga dikerah tanpa bayar gaji
Bukan kuli itu hamba abdi

Maki hamun sudah sebati
Sepak terajang itu sudah lali
Paksa kerah buat itu ini
Bak anjing kurap buat buat macam babi

Siang malam belenggu rantai kaki
Lagak banduan dalam kandang besi
Nikmat dunia masih dalam mimpi
Moga kan nyata realiti pasti

Dari dia hidup biar dia mati
Agar hidup aman di sana nanti