if (typeof document.onselectstart!="undefined") document.onselectstart=new Function ("return false") else{ document.onmousedown=disableselect document.onmouseup=reEnable } Lirik Lagu Rock: Ad Hoc
Showing posts with label Ad Hoc. Show all posts
Showing posts with label Ad Hoc. Show all posts

Lirik Lagu Ad Hoc - Ad Hoc Blues



Kota lampu hutan batu
Tiap tempat berpenunggu
Simpang jalan tembok batu batan
Tiap lorong hantu berkeliaran

Jentera besi berganda
Tersusun tak terkira
Siang, malam, pagi, petang keliaran
Boring tak bekerja
Pasang kaset Metallica
A.R, Black Daddy or Ainol
Not on the air lah
Projek bertemu dengan Mr. Mc Gyver

Two Five o dan kaocai ada
Duduk lepak mesyuarat apa
Spare part dibakar
Tapi asap nya ke mana
Bawah rimbunan hantu dua kepala

Projeknya ringan-ringan tapi bahaya
Datang Pak Lebai I/C pun tak ada

Malam begini masih beraksi
Rumah berkata pergi
Tak disedari tak peduli
Kubur pun kata mari
Apa yang kau cari
Yeah..

Lirik Lagu Ad Hoc - Seminar Petani Muda (Satu Resolusi)



Sandiwara di kota
Tuntutan anak desa
Adatnya tah ke mana
Bertuan racun bisa
Berbaur noda dosa
Glamournya pada nama
Gossip di sini sana
Skandal sepanas bara

Bunga tak bermadu
Kerana wang di saku
Menggoda dirayu
Oh syaitan bermata satu
Cerucuk beribu
Mencecah awan nan biru
Rimbanya berbatu
Tersimpan lembaga hantu

Tekun dan berprogresif
Padamu anak desa
Wasiat di pusara
Warisan kita bela
Demi pusaka bangsa
Biar beratap nipah
Tauhid bermuzakarah
Keringat dalam pasrah

Setelah bekerja
Ke dewan balairaya
Berbincang berfatwa
Seminar petani muda
Biarlah berlumpur
Menghidu asap di dapur
Bakti yang ditabur
Nasi tak menjadi bubur

Hakikat berlaga
Anak desa dan kota
Sehayat kembara
Pusaka tak bernisan

Lirik Lagu Ad Hoc - Cintamu Hiasan Kaca



Jangan kau hancurkan
Hati nuraniku
Yang masih luhur
Memujamu Oh..

Tak perlu kau berpura
Menyintai diriku
Andainya dirimu
Mengejar mimpi..

Cintamu bagai hiasan kaca
Mudahnya retak lalu berkecai
Tak bisa bercantum..

Kesetiaan kau persendakan
Hingga kini ku terluka kerana mu
Oh..Mengapa kau hempaskan harapanku
Tiada lagi aras cinta yang kudus..

Pastikan nanti kau kan terasa
Perit menikam bahang kecuranganmu
Mematah langkahku bersamamu
Kecundang selamanya
Kecundang kasih ku
Terluka selamanya
Oh..

Tiada lagi oh tiada lagi
Aras cinta yang kudus
Pastikan nanti kau kan terasa
Perit menikam bahang kecuranganmu..

Lirik Lagu Ad Hoc - R n R (Kau suka)



Hey kawan di mana engkau berada
Ku mencarimu..
Tempat lama tak pernah aku lupakan
Bawah pohon bambu..
Tepat waktu kau pasti ada di situ menantiku..
Walau tanpa duit mu di dalam saku bahagia..

Ramai orang yang menuduh kita kutu
Tak mengapa..
Tapi kita tak mengganggu orang lain
Begitulah..
Walau rockers tetapi hatiku bersih tak menipu..

Kami juga ada cita-cita,
Kami juga ada cita rasa..

Masa depan ku di tangan Tuhan
Kerana Dia yang lebih tahu..

Hey kawan apa yang kau cari
Hey kawan ada dalam diri..
Hey kawan apa yang kau cari
Hey kawan ada dalam diri..

Lirik Lagu Ad Hoc - Menanti Maaf



Keringlah sudah airmata ku yang mengalir
Kerana lama cinta mengemis
Dulu pernah cinta antara kita disatukan
Dua alam menjadi penghalang..

Ku seru namamu
Berulang kali tapi membisu
Terasa sesuatu ku terlupa
Hingga kau rajuk begitu lama..

Maranalah ku di sini
Hidupku bermimpi
Mencari menanti dirimu

Segala sifat keinsanan
Mengutuk diriku
Kerana menyaksikan bisikan kalimah janji
Penyerahan itu
Ku abaikan hingga kita berpisah..

Tersiksa ku selamanya
Menanti maaf dan lapangkan
Kembali nafasku..

Kembalikan aku ke dasar cintamu sayang
Moga cinta kita seabadi
Tiap hela nafas ini ku tuliskan namamu
Pasti tidak ku terpisah lagi..

Kaulah mustikaku
Mimpi dan nyata tetap serupa
Selagi kita memegang janji
Selagi itu kita abadi
Menanti maaf darimu...

Lirik Lagu Ad Hoc - Di Puncak Takdir



Lama kita
Menanti bahagia
Bersama hasrat ini yang dahaga..

Hangat rasa
Ku gengam jemarimu ini
Betapa teguh cinta tanpa titis airmata..

Tiada berdaya kudrat
Membina hasrat sehati
Akhirnya cinta kita terhenti..

Di puncak takdir perpisahan menjadi pengganti
Dingin airmata menangisi kasih..
Yang tinggal hanya mimpi
Meneman kehampaan
Di puncak takdir telah ditentukan..

Hasrat kita
Tenggelamlah di sini
Ku doakan dikau sayang
Relakanlah suratan ini..

Lirik Lagu Ad Hoc - Berpisah Untuk Bertemu



Pernah aku cuba melupakan
Pecahan kaca yang berdarah di tanganku
Selagi bernafas mana mungkin
Selama padunya masih lagi terlihat
Tak pernah terpadam walaupun seribu tahun
Terbukalah gerbang sejarahku

Kata akhir cinta telah kau bisikkan
Rahsia janji kita telah kau serahkan
Kita pasti kan bertemu selamanya

Perjalanan bagai langit dengan bumi
Terpisah tapi bersatu
Begitulah kau dan aku
Berpisah pasti kan bertemu

Bagai langit dengan bumi
Terpisah tapi bersatu
Begitulah kau dan aku
Berpisah pasti bertemu

Bagai langit dengan bumi
Terpisah tapi bersatu
Begitulah kau dan aku
Berpisah pasti bertemu

Lirik Lagu Ad Hoc - Manis



Berikan aku segala penawar
Yang tersembunyi di dalam sukmamu
Agar terasa manisnya asmara
Yang bergelora di lautan madu

Manis kau ku cari
Manis ku termimpi
Manis sinarilah cinta ini

Milik akukah manis di wajahmu
Manis bicara, manis sinar mata
Andai dipisah, maniskan pesona
Menjadi nista rahsia cinta kita

Demi engkau manis
Hasrat ku berkelana
Dahaga jiwaku kau dimana

Ku cari manis di alam rahsia
Ku buka pintu firasat yang lama
Manis setia kau menunggu
Di dalam hakikat itu..

( Ulang Korus )

Kini tercipta manis mustika ku
Cinta yang satu sewaktu bertemu
Rela berkubur di dalam manismu
Menjadi tanda kesetianku..