if (typeof document.onselectstart!="undefined") document.onselectstart=new Function ("return false") else{ document.onmousedown=disableselect document.onmouseup=reEnable } Lirik Lagu Rock: Iklim
Showing posts with label Iklim. Show all posts
Showing posts with label Iklim. Show all posts

Lirik Lagu Iklim - Kasih Syurgawi

Pohon Cinta Kita Seindah Pelangi
Menjadi Rimbunan Teduhan Asmara
Mahligai Rinduku Pun Terbina
Kaulah Bidadari Hingga Akhir Nanti..

Alam Bagaikan Merestui
Kasih Wangian Kasturi
Embun Menitiskan Simpati
Pengorbanan Suci Oh Isteri..

Tiada Terbalas Luhur Budi
Walau Segunung Baiduri
Engkaulah Penawar yang Azali
Walau Racun Bisa yang Menguji
Kemuliaanmu..

Tak Kubiar Airmatamu Mengalir
Kerana Cemburu Kau Tersalah Sangka
Maafkan Andainyaku Mengasari
Tiada Terniat Untuk Melukai..

Pohon Cinta Kita Seindah Pelangi
Menjadi Rimbunan Teduhan Asmara
Mahligai Rinduku Pun Terbina
Kaulah Bidadari Hingga Akhir Nanti..

Andainya Bisa Ku Zahirkan
Mekar Bunga yang di Taman
Pasti Kutaburkan Untukmu
Seharumnya Cinta yang Kau Beri
Kasih Syurgawi..

Lirik Lagu Iklim - Noktah Cinta Bisu

Dalam Bicaraku
Tersimpan Segala Rindu
Yang Kau Ucapkan
Tika Kita Bisik Kata Cinta..

Masih Jelas Terbayang
Wangian Cintamu Itu
Seindah Salju Yang Ku Gubah
Menjadikan Lagu Hanyalah Untukmu..

Tapi Itu Hanya Tinggal Impian Semata
Kau Pergi Tanpa Kata Tinggallah Ku Derita..

Hanya Ku Pinta
Hulurkan Mawar Restu
Berbekalkan Rindu
Moga Terbelah Resah
Yang Ku Tanggung Di Dada
Selama Ku Terima
Noktah Cinta Bisu Darimu..

Tetap Ku Rela Suratan Cinta Kita
Walaupun Terluka Berdarah Kan Derita
Kan Kugagahi Jua Merempuh Onak Rasa
Walau Tenggelam di Tengah Samudera

Tidak Ku Menduga Wangian Cintamu Itu
Tinggalkan Aku Sendirian
Terdamparlah Aku di Pantai Derita
Di Pantai Derita..

Lirik Lagu Iklim - Retak Seribu

Kau.. Ketika Ditinggal Pergi
Kala Berputiknya Cinta
Mampu Tersenyum
Melindung Sedih..

Teguhnya Cintamu Di Sana
Menanti Sepenuh Hati
Menjunjung Kasih
Teguh Bersemi..

Kini Ku Kembali
Tanpa Cahaya Kasih
Tiada Apa Yang Dapat Ku Beri
Ku Mungkiri Kata Sumpah Janji..

Cinta Ku Menghitam Warna
Mengeruhkan Segala
Setia di Hatimu
Semakin Menghilang..

Lontarkan Kepadaku
Segala Kebencian
Akan Aku Terima
Kerana Mendustai Cinta..

Di Sana Kau Masih Berdiri
Berlinang Airmatamu
Membasahi Hati
Yang RetakSeribu..

Lirik Lagu Iklim - Mahligai Seribu Mimpi

Sungguh lama
Ku pendamkan
Menjadi rasa naluri
Panah cinta ku tembusi
Sifat mu itu..

Riwayatmu ku satukan
Di dalam hakikat cinta
Makrifat pun seabadi
Kau tak mengerti
Cintaku kepada mu..

Kasih ku mimpikan
Dikau beribu makna
Beribu suka duka ku tempuhi
Hadirlah kasih bagai
Titian pelangi
Bukalah gerbang mahligai
Dihati ini..

( Korus )
Mahligai seribu
Impian dan bayangan
Masihku sembunyikan rahsianya..

Mahligai seribu
Ku impikan kenyataan
Pada mu ingin ku zahirkan kasih..

Terangi ia
Bawakan cinta mu
Wangian syurgawi..

Mahligai seribu
Hakikat ku menunggu
Hadirlah mu bersama kerelaan

Nescaya ada
Erti kebahagiaan
Tak terucap dengan kalimah syahdu..

Carilah aku
Di awal mula
Di akhir tiada
Akhirnya..

Lirik Lagu Iklim - Satu Kesan Abadi

Jalan Terang Luas Menanti Aku
Dengan Dendang Irama Hidup Baru
Dibelai Cintamu..

Hilang Dendam, Lenyap Ia Sendiri
Datang Tenang, Makin Aku Hayati
Makin Lapang Dadaku
Ku Rasa Sentosa..

( Korus )
Sendiri Meminta
Dicantum Padanya
Tak gelisah Lara..
Cerita Yang Punah
Biarpun Meronta
Tidak Menjadi Ngeri..

Ku Yakin di Sana
Gelap Yang Tiada
Kesan Satu Cinta
Terpancar Cahaya
Jelas Segalanya
Hanya Sinarmu yang Mampu
Memberi Cinta Itu..

Dengan Aman
Senyumlah Sepuasnya
Jauh Berbeza
Bagai yang Dirasakan
Rasa yang di Sini

Itu Satu Rahsia
Hanya Tersendiri..
Itu Satu Iringan
Nyayian Mimpi..