Alam yang terbentang luas
Adalah hamparan
Untuk kita mengecapi
Segala impian
Sedangkan di antaranya
Ada baik buruk
Cuba kita merasai
Nikmatnya
Pahit manis mestilah dirasa
Kerna hidup tak semudah disangkakan
Jatuh dan bangun
Mematangkan fikiran
Mengajar kita
Erti kejayaan
Hitam putih rencah hidup
Ku tak pernah jemu
Yang putih indah dipandang
Yang hitam menawan
Namun hitam atau putih
Ternyatalah sama
Terserahlah di hatimu
Menilai
Tepuk dada tanya selera
Manakan satu citarasa kita
Kerana hitam putih kan lebih bermakna
Seperti malam mencernakan mimpi
Aku suka yang hitam manis menawan
Mungkin engkau lain pula kerenahnya
Rambut sama hitam
Namun di hati berbeza
Itulah hakikat kita manusia
No comments:
Post a Comment