Suasana sunyi dan sepi
Bagai mengerti perasaanku
Yang kerinduan kerana ku berjauhan
Dengan dia yang aku sayangi..
Rindu ku ini tidak terkata
Walau dibanding seluas lautan
Perasaanku bagaikan di awangan
Beterbangan mencari kasihmu..
Hujan oh hujan
Menyirami taman
Taman yang di dalam kekeringan
Oh..
Begitu jua cintaku padamu
Hadirmu pengubat rinduku..
Kan ku setia menanti
Demi cinta ini..