Lama sudah ku cari
Permata indah dan asli
Ku menghala alam buana
Akhirnya pulang jua
Di sini ku bertanya
Pada mentari yang samar
Cukuplah dengan cahayamu
Untuk kenalinya
Puas aku bertanya
Kepada tiap yang bernyawa
Di manakah kasih berada
Boleh ku temuinya
Walaupun segunung jawapan yang ku timbunkan
Tetapi masih kelam
Kerana ramai
Yang masih berjalan malam
Walaupun segunung jawapan yang ku timbunkan
Tetapi masih kelam
Mengejar mimpi oh duniawi
Dan akhirnya dengan mata hati sendiri
Ku kenali kasih kian lama ku cari
Di tempat yang terang engkau sembunyi
Setelah kita bertemu
Semakin aku merindu
Manalah aku oh kekasih
Di dalam cintamu
Puas aku bertanya
Kepada tiap yang bernyawa
Di manakah kasih berada
Boleh ku temuinya
Walaupun segunung jawapan yang ku timbunkan
Tetapi masih kelam
Kerana ramai
Yang masih berjalan malam
Walaupun segunung jawapan yang ku timbunkan
Tetapi masih kelam
Mengejar mimpi oh duniawi
Dan akhirnya dengan mata hati sendiri
Ku kenali kasih kian lama ku cari
Di tempat yang terang engkau sembunyi
No comments:
Post a Comment